Contoh junjung/penyokong
Pokok bendi pun dah besar..agak cepat jugakla berbanding dengan pokok terung..tengok pada daun dan batang pokok ni memang boleh tau yang dia tumbuh subur..mungkin faktor air dan baja yang cukup..berbanding dengan daun pokok kacang panjang, daun pokok bendi langsung tiada tanda2 dijangkiti penyakit..memang pokok bendi kurang risiko untuk dijangkiti penyakit pun..pokok terung pulak memang lambat sikit tumbesarannya..tak banyak bezanya dengan minggu lepas (minggu ke3)..masih comel lagi saiz dia..=) Sama dengan pokok kacang panjang, bendi dan terung pun disiram 2 kali sehari kecuali hari hujan..
Untuk post kali ni memang takde gambar lagi nak upload..kami tak sempat nak ambik gambar pun..hehe..next post insyaallah akan ada gambar terbaru Small Vege Garden kami..