Plus minus, minggu ni dah masuk 4 minggu usia Small Vege Garden kami..nampak memang ada perubahan pada tumbesaran pokok..pokok kacang panjang memang cepat membesar..kejap je dah tinggi mengalahkan pokok2 lain..memandangkan pokok kacang panjang adalah sejenis tanaman menjalar jadi kami telah membina junjung/penyokong menggunakan kayu dan dawai untuk menyokong tumbesaran pokok ni..sebenarnya, junjung/penyokong telah dibina semenjak minggu ke2 pokok ditanam lagi..bila dah masuk minggu ke4 memang dah boleh nampak pokok ni menjalar atas junjung/penyokong yang telah dibina..sistem pengairan untuk pokok kacang panjang pula sangat mudah..sebab pokok ni memerlukan air yang cukup untuk hidup subur jadi penyiramannya dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang kecuali jika hujan..buat masa sekarang kami hanya menggunakan kaedah penyiraman secara manual je..tak mampu lagi nak bina sistem pengairan yang canggih..=)
Contoh junjung/penyokong

Pokok bendi pun dah besar..agak cepat jugakla berbanding dengan pokok terung..tengok pada daun dan batang pokok ni memang boleh tau yang dia tumbuh subur..mungkin faktor air dan baja yang cukup..berbanding dengan daun pokok kacang panjang, daun pokok bendi langsung tiada tanda2 dijangkiti penyakit..memang pokok bendi kurang risiko untuk dijangkiti penyakit pun..pokok terung pulak memang lambat sikit tumbesarannya..tak banyak bezanya dengan minggu lepas (minggu ke3)..masih comel lagi saiz dia..=) Sama dengan pokok kacang panjang, bendi dan terung pun disiram 2 kali sehari kecuali hari hujan..
Untuk post kali ni memang takde gambar lagi nak upload..kami tak sempat nak ambik gambar pun..hehe..next post insyaallah akan ada gambar terbaru Small Vege Garden kami..
No comments:
Post a Comment