Pages

Friday, April 22, 2011

Small Vege Garden

Perlaksanaan Kempen Bumi Hijau telah dirasmikan di peringkat kebangsaan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 3 Mac 2006 untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan ulam-ulaman. Walaupun sekarang ni dah 2011 tapi rasanya belum terlambat bagi kami untuk sambut usaha murni kerajaan tu..Since Mr Rahman ada basic dalam bab-bab pertanian ni (ex-student pertanian upm) dan kerja pun memang dalam field pertanian so why not kami berjinak-jinak dalam bidang ni..bukan susah pun nak berbakti pada tanah ni..tapi of course pada peringkat permulaan ni banyak benda nak kena buat dan belajar..untuk peringkat permulaan ni kami decide nak tanam sayur secara kecil-kecilan.. kami namakan projek kami ni Small Vege Garden.. di masa hadapan pulak kalau diizinkan ALLAH akan berkembanglah sedikit demi sedikit projek kami ni..doakan la ye..=)

Sebenarnya masa tulis blog ni, Small Vege Garden kami dah 3 minggu beroperasi..alhamdulillah dah selamat tanam pokok kacang panjang, bendi dan terung panjang..walaupun masih di peringkat awal tapi tak sabar nak tengok hasil dia..



Pokok kacang panjang selepas 2 minggu lebih
Pokok bendi